image1 image1 image1 image2 image3

HELLO I'M Cik Ana Gigit Jari|WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|Passionate and Independent

TIP-TIP ELAK MALAS PAGI ISNIN - MONDAY BLUES

Assalamualaikum.



Menurut al-Quran, malas adalah sifat orang munafiqin. Firman Allah Taala [al-Nisa’ : 142] :

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).




Tip-Tip Tangani Monday Blues


1. Tidur lebih awal pada malam Ahad dan elakkan aktiviti luar pada malam itu. Sebaik-baiknya pilih hari Sabtu untuk keluar bersama keluarga.

2. Lakukan persiapan untuk keesokan hari lebih awal (sebaiknya waktu malam sebelum)

3. Bertenang dan tarik nafas setiap kali bangun pagi. Jangan lupa berdoa selepas solat subuh agar diberi kekuatan dan semangat untuk menempuh kehidupan hari ini.

4. Bersenam setiap pagi sememangnya diketahui akan manfaatnya untuk kesihatan tubuh.

5. Rancang perjalanan anda setiap hari. Keluar lebih awal untuk ke tempat kerja.

6. Sebelum keluar rumah, jangan lupa berniat di dalam hati. Mulakan dengan Bismillah...dan lebih utama niatkan dalam hati apa yang kita lakukan adalah kerana Allah.

7. Jika timbul rasa malas, bosan dan tidak bersemangat, cepat-cepat sedarkan diri anda. Buka minda dan hati.

8. Hayati keindahan alam mampu mengundang ketenangan. Hirup udara segar di pagi hari dan bersyukurlah masih dipanjangkan usia dan mengagumi ciptaan-Nya.

9. Mulakan sarapan di pagi Isnin dengan secawan kopi atau teh panas.

10. Bayangkan perkara-perkara positif di tempat kerja pada malam Ahad. Jangan bertangguh kerja dan jika berlaku kesilapan, jangan rasa takut kerana manusia belajar menerusi kesilapan.

11. Kemaskan ruang kerja pada hari Jumaat sebelum pulang dari kerja bagi memastikan mood dalam keadaan baik pada pagi Isnin.

12. Fikirkan idea-idea kreatif yang boleh aplikasi di tempat kerja esok hari.

13. Dari segi penampilan diri, cuba ubah suai penampilan anda supaya tidak bosan.

14. Amalkan gaya hidup sihat iaitu pemakanan dan diet yang betul, bersenam secara konsisten dan sentiasa berfikiran positif.

15. Mulakan hari anda dengan senyuman kerana senyuman itu satu sedekah.


16. Paling penting, jangan lupa berdoa moga hari Isnin anda ceria.

Doa ialah ubat paling mujarab dan bermanfaat untuk mengubati semua bentuk ujian dan penyakit. Antara doa yang diajar oleh baginda s.a.w ialah :
اللهم إني أعوذ بك من الهرم والحزن، والعجز والكسل، والبخل والجبن، وغلبة الدين، وقهر الرجال
Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki”. (al-Bukhari)

Sumber: Page Islamik.


Share this:

CONVERSATION

2 comments: