image1 image1 image1 image2 image3

HELLO I'M Cik Ana Gigit Jari|WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|Passionate and Independent

TIPS UNTUK RAWATAN RAMBUT GUGUR - SEPULUH JENIS MASKER

Assalamualaikum & salam sejahtera.



Masker bagi rawatan muka memang sudah sering kita lakukan tapi yang Cik Ana ingin kongsikan di sini adalah masker untuk rawatan rambut. Mesti korang jarang atau tak pernah langsung buat kan!!

Masker ini sangat berkesan untuk masalah keguguran rambut. Usah risau kerana bahan yang digunakan adalah dari bahan semula jadi tanpa bahan kimia. Semua bahan sangat mudah didapati dan setengahnya boleh terus diambil dari dapur korang. Sangat mudah dan sangat menjimatkan dari korang membuat rawatan di salon rambut. Jom semak bahan-bahan yang digunakan.



10 JENIS MASKER UNTUK RAWATAN RAMBUT






Masker Telur


a. Anda cuma memerlukan sebiji telur, secawan susu, dua sudu besar jus lemon dan minyak zaitun.

b. Campurkan kesemua bahan dan urut dengan sekata di seluruh kulit kepala.

c. Tutup kepala dengan plastik rambut dan biarkan selama 20 minit.

d. Basuh dengan air sejuk.





Masker Pisang


a. Anda memerlukan dua biji pisang masak, satu sudu minyak zaitun, minyak kelapa dan madu.

b Campurkan kesemuanya dalam mangkuk dan gaul dengan sudu.

c. Sapukan keseluruh rambut dan biarkan selama lima minit.

d. Cuci dengan air suam.





Masker Yogurt


a. Untuk menyediakannya, anda memerlukan secawan yogurt, satu sudu cuka epal dan satu sudu madu.

b. Campurkan bahan-bahan ini hingga rata dan sapukan dari akar hingga ke hujung rambut.

c. Biarkan ia selama 15 minit, selepas itu anda bolehlah membasuh dengan air sejuk.





Masker Avocado


a. Dapatkan isi dari beberapa biji avocado kecil yang berwarna hijau dan masak, setengah cawan susu dan satu sudu minyak zaitun dan minyak badam.

b. Kisar kesemuanya hingga hancur.

c. Sapukan dari akar ke hujung rambut.

d. Biarkan ia selama 15 minit dan cuci dengan air sejuk.





Masker Strawberi


a. Gunakan beberapa biji strawberi segar, sedikit minyak kelapa dan madu. Campurkan bersama-sama ke dalam mangkuk.

b. Sapukan dari kulit kepala ke hujung rambut anda.

c. Bilas dengan air sejuk selepas 20 minit.





Masker Daun Kari Dan Kelapa


a. Ambil beberapa helai daun kari segar dan beberapa sudu minyak kelapa dari dapur anda.

b. Rebus selama beberapa minit dan urut seluruh rambut anda.

c. Bilas dengan bersih selepas 20 minit.

d. Gunakan masker ini dua kali seminggu.





 Masker Minyak Jarak (Castor Oil) 


a. Ambil dua sudu minyak jarak dengan sebiji telur.

b. Sediakan campuran bahan-bahan di atas.

c. Urut kulit kepala dengan campuran dan sapukan ke seluruh rambut juga.

d. Biarkan ia untuk seketika dan kemudian bolehlah dibilas dengan air sejuk.




Masker Rosemary


a. Ambil beberapa sudu rosemary yang dicincang.

b. Rebus di dalam air selama beberapa minit.

c. Apabila campuran telah sejuk, urut ke seluruh kulit kepala.

d. Biarkan ia selama 15 minit dan kemudian cuci dengan air suam.





Masker Green Tea 


a. Ambil sebiji kuning telur dan dua sudu besar teh hijau yang telah siap direndam dahulu.

b. Campurkan keduanya sehingga anda melihat tekstur berkrim.

c. Gunakan berus dan sapukan ke seluruh kulit kepala dan rambut.

d. Biarkan ia selama 15 hingga 20 minit.

e. Basuh dengan air sejuk sebelum anda syampu rambut anda.





Masker Vitamin E Kapsul


a. Gabungan minyak badam, minyak castor, minyak kelapa dan minyak lavender. Hancurkan Vitamin E kapsul dan campurkan kesemuanya. Boleh disimpan di dalam botol.

b. Sapukan campuran ini ke seluruh rambut dan kulit kepala sebanyak tiga kali seminggu.

c. Biarkan ia semalaman dan basuh keesokan harinya dengan air sejuk.



P/S: Ini adalah sebahagian dari masker untuk rawatan rambut gugur. Semoga bermanfaat.



Sumber: Page kesihatan
Terjemahan: Cik Ana

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment