image1 image1 image1 image2 image3

HELLO I'M Cik Ana Gigit Jari|WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|Passionate and Independent

TIP- TIP DAN PETUA - HALAU SEMUT

Assalamualaikum.


Hari ini, satu operasi mengemas dan mencari sarang-sarang semut yang makin bermaharajalela di dapur telah dilancarkan dengan jayanya. Tugas ini bukan mudah tau kerana semut-semut ini sangat cerdik... hahaha. 

Siaplah sang semut, Cik Turquoise dan pasukannya akan melancarkan serangan sengit habis-habisan untuk membanteras tentera-tentera semut. Bunyinya macam kejam kan... hehehe. Tetapi disebabkan stok-stok makanan Cik Turquoise dicuri oleh sang semut, maka perang telah dilancarkan...




Kubu-kubu tentera semut telahpun diserang hendap tepat pada jam 10:30 pagi... !!

Kalau anda di tempat Cik Turquoise, andapun akan bertindak yang sama kan!!
Untuk memudahkan tugas anda, apakata anda mencuba tip-tip dan petua ini yea.


PETUA HALAU SEMUT


Cuba petua berikut untuk menghalau semut di rumah anda:

1. Cili kering :

Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

2. Minyak masak :

Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti balang gula, kaki meja dan sebagainya.

3. Bawang merah :

Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

4. Kulit telur :

Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

5. Asam gelugur :

Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

6. Daun sirih :

Siat-siatkan beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

7. Letakkan kulit timun di sepanjang laluan tentera semut... heehehe.

8. Taburkan lada hitam di sarang semut... Panasss, jerit sang semut!!


Jika semua usaha telah anda lakukan tetapi tidak berhasil, sebagai langkah terakhir... anda perlulah ke kedai untuk membeli ubat semut, mudahkan... hehehe.


1. Bacakan ayat suci Al Quran ini dan tiupkan ke arah kumpulan semut tersebut,

ÙŠَØ£َÙŠُّÙ‡َا النَّÙ…ْÙ„ُ ادْØ®ُÙ„ُوا Ù…َسَاكِÙ†َÙƒُÙ…ْ Ù„َا ÙŠَØ­ْØ·ِÙ…َÙ†َّÙƒُÙ…ْ سُÙ„َÙŠْÙ…َانَ ÙˆَجُÙ†ُÙˆْدِÙ‡ِ ÙˆَÙ‡ُÙ…ْ Ù„َا ÙŠَØ´ْعُرُÙˆْÙ†
“Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarang kamu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tentera-tenteranya, sedangkan mereka tidak sedar (tidak mengetahui adanya kamu).” [ Surah An Naml: 18 ]


Selamat mencuba!!


Share this:

CONVERSATION

2 comments: