image1 image1 image1 image2 image3

HELLO I'M Cik Ana Gigit Jari|WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|Passionate and Independent

HOW TO FORGET THE PAST

Assalamualaikum.




Saya bukanlah pakar motivasi atau individu yang terlibat dalam menangani orang-orang yang bermasalah.
Saya cuma ingin berkongsi pendapat saya sahaja. Pendapat ini berkenaan bagaimana cara anda melupakan masa lalu anda yang menyakitkan. 
Berkesan atau tidak, terpulang bagaimana cara mengendalikan perasaan anda sebaik mungkin. Selebihnya, berserah pada Allah SWT.


Berikut adalah cara bagaimana anda boleh lakukan untuk melupakan seseorang atau masa lalu anda.
Jangan bersedih hati dan ikutlah tip-tip yang saya sarankan ini. Kalau tidak berkesan, janganlah
anda salahkan saya sebab saya hanya memberi pendapat saja. Selebihnya bergantung pada daya usaha anda sendiri.


Ayat Quran yang bermaksud: 

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya” - Ar-Ra’d:11






Berhenti bercakap masa lalu anda dengan teman-teman anda.

Ini akan menghentikan anda dari mengingati masa lalu yang menyakitkan.

Keluar (hang out) hanya dengan teman yang baik dan boleh dipercayai.

Teman yang tidak baik hanya akan mengakibatkan masalah anda bertambah rumit.

Adalah tidak berfaedah apabila anda menghabiskan masa dengan teman yang boleh mempengaruhi
anda berbuat tidak baik.

Berkawanlah hanya dengan teman yang tahu menghormati anda dan perasaan anda. 

Jauhi teman yang sering mengungkit masa lalu anda.

Sibukkan diri anda dengan bekerja lebih masa atau mulakan suatu minat seperti membaca, melancong
dan sebagainya. 

Kadang kala tanpa kita sedari, secara perlahan-lahan kita boleh melupakan masa lalu kita.

 Cuma sedikit masa dan kesabaran yang diperlukan.


Selamat mencuba tip-tip ini, semoga bermanfaat.


Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment