image1 image1 image1 image2 image3

HELLO I'M Cik Ana Gigit Jari|WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|Passionate and Independent

TIP-TIP & CARA MENYIMPAN WANG

Assalamualaikum.






Seringkali kita gagal untuk menabung. Padahal kita telah berazam untuk menyimpan sedikit wang setiap bulan.
Dah banyak petua dan kata nasihat dibaca dan diikuti tapi satu pun tak berjaya.
Baru jer nak menyimpan, tiba-tiba teringat nak beli sesuatu, padahal tak penting pun.
Keluarkan duit, lepas dah beli baru rasa rugi sebab dah berbelanja pada barang yang tak perlu.

Dalam banyak tip-tip yang saya baca, saya tertarik dengan satu artikel yang ingin saya kongsikan dengan anda.
Ia berkenaan cara menyimpan wang dari beberapa pakar.
Tip-tip ini adalah peringatan untuk diri sendiri sebenarnya dan jika anda rasa ianya bermanfaat, bolehlah dijadikan panduan.
Sebelum membaca selanjutnya, saya nak berterima kasih pada penulis asal yang sudi berkongsi idea ini.


Tip-tip & Cara Menyimpan Wang Dari Pakar Kewangan

Teknik ini adalah gabungan teknik menyimpan oleh individu terkenal dalam pengurusan kewangan seperti Shamsuddin Kadir, penulis buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang. Arkad, orang terkaya di Babylon dan Abang Abu, pengasas Mekanik Wang.


#1 – Simpan Si Hijau




Menyimpan not hijau RM5 adalah satu idea yang kreatif

Tiap kali pulang ke rumah, apabila ada Si Hijau (RM5) dalam dompet, simpan ia ke dalam tabung. Dapatkan sebuah balang dan khaskan penyimpanan RM5.


#2 – Simpan Si Oren



Andai berkemampuan dan mampu menebaskan nafsu, tiap kali membawa pulang Si Oren (RM20), masukkan ke dalam balang yang dikhaskan untuk penyimpanan RM20.


#3 – Simpan Duit Syiling


Ini adalah taraf paling rendah bagi mereka yang dalam proses mampu menyimpan Si Hijau (rujuk tip 1). Masukkan semua duit syiling dalam dompet ke dalam balang khas untuk duit syiling.


#4 – Simpan 10% Duit Gaji



Bagi mereka yang bekerja makan gaji, kita sudah memerah keringat selama 30 hari. Perkara pertama yang patut dilakukan, apabila mendapat gaji adalah membayar diri sendiri pada nilai 10% daripada gaji.

“Bayar diri sendiri dahulu sebelum membayar orang lain.”


Arkad, orang terkaya di Babylon

90% Daripadanya, kita boleh habiskan jika mahu. Ada beza antara orang yang ada simpanan RM100 dengan RM10,000. Pemikiran, perasaan dan keyakinan kita akan berubah apabila kita ada simpanan RM10,000. Yang akan memudahkan kita menjadi magnet wang yang menarik lebih banyak wang.


#5 – Mulakan Menyimpan Setiap Hari (Walau 10 sen!)

“Aliran wang orang kaya – dapat duit, simpan dan baru belanja. Aliran wang orang miskin – dapat duit, belanja.”


Abang Abu, Mekanik Kewangan

Apabila kita tetapkan niat simpan setiap hari, secara tidak langsung kita sedang membuat satu aliran terhadap status kewangan kita. Ibarat kita sedang membuka empangan untuk mengalirkan air masuk. Mulakan dengan serendah 10 sen tiap hari.

“Semakin kita lakukan, semakin lancar empangan, semakin banyak air masuk.”

InsyaAllah lama kelamaan, duit akan mudah datang dan masuk dalam tabung. Jangan percaya. Praktikkan dan rasa sendiri. Minima 30 hari dan tunggu hasilnya.


Sumber gambar: Google.


Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment