image1 image1 image1 image2 image3

HELLO I'M Cik Ana Gigit Jari|WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|Passionate and Independent

CARA MUDAH MENDAPATKAN BIBIR YANG MERAH SECARA SEMULAJADI

Assalamualaikum & salam sejahtera.





Kebanyakan orang berfikir adalah sukar dan memerlukan kos yang banyak untuk membuat bibir mereka berwarna merah muda tetapi tidak. Ada banyak jalan penyelesaian yang boleh membantu anda.10 cara paling mudah yang sangat berkesan dan boleh dilakukan untuk mendapatkan bibir merah muda secara semulajadi.


Anda haruslah rajin dan teliti untuk mencapai hasil yang diinginkan.
Jom baca seterusnya:

Jus Lemon
Ramuan lain adalah dengan menggunakan limau dan gula. Potong lemon kepada kepingan nipis, taburkan sedikit gula di atasnya dan gosok bibir anda dengannya setiap hari. Lemon akan melunturkan warna bibir secara semulajadi ke merah muda,  sementara gula akan menanggalkan sel kulit mati.

Melembapkan Bibir anda
Kulit bibir anda mengandungi sejumlah kecil sebum (minyak). Anda perlu sentiasa menjaga kelembapannya jika anda inginkan bibir yang sentiasa segar dan merah muda. Sapukan petroleum jelly, lip balm, coco butter atau lip gloss. Jika anda ingin bibir anda menjadi lembut dan merah jambu, anda perlu menjaga kelembapannya.

Menggunakan biji Delima dan Susu
Ini adalah cara yang berkesan lain untuk mencerahkan kawasan gelap pada bibir. Anda boleh menjadikan bibir berwarna merah muda dengan menggunakan biji delima. Hancurkan biji delima dan campurkan dengan susu. Sapu pada bibir anda secara teratur, anda akan melihat bibir menjadi semakin merah. Yang hebat tentang ubat ini adalah ia tidak ada kesan sampingan.

Jus Timun
Ini adalah cara lain untuk mengurangkan kegelapan bibir anda. Anda hanya perlu menyapu sedikit jus timun pada bibir. Hiriskan timun, sapu terus ke bibir anda. Jika anda melakukan selama lima minit setiap hari, bibir anda boleh menjadi merah.

Campuran Strawberi
Strawberi mempunyai banyak manfaat untuk mencerahkan bibir yang gelap. Anda hanya perlu lumatkan campuran strawberi, aloe vera dan madu asli. Sapukan pes ini dan biarkan selama lima minit sebelum membilasnya.

Campuran Madu, Minyak Almond dan Gula
Campurkan gula, madu dan sedikit minyak zaitun atau minyak badam. Sapukan ke bibir anda, urut selama sepuluh minit.

Cuci Makeup Sebelum Tidur
Alasan paling umum orang mempunyai bibir kusam adalah kerana mereka tidak mencuci make up mereka sebelum tidur. Basahkan sedikit minyak zaitun atau minyak badam pada kapas dan gosok bibir anda dengan lembut.

Berus bibir dengan berus gigi
Berus bibir anda setiap malam selepas memberus gigi. Anda hanya perlu menggunakan berus lembut bagi menghapuskan pecah-pecah, kulit kering yang terbentuk di sekitar bibir anda, membuatkannya tampil segar.


Tips lain untuk membuat bibir merah muda

Elakkan merokok.
Merokok tidak hanya memburukkan kesihatan tetapi juga membuat bibir menjadi gelap. Elakkan teh dan kopi.


Kesimpulannya:

Kafein merupakan faktor penting menggelapkan bibir. Jauhi cahaya matahari secara langsing. Gunakan Lip balm dengan sekurang-kurangnya 15 SPF jika anda berada di bawah matahari. Elakkan menjilat bibir kerana hal ini boleh membuatkan bibir kering dan kulit bibir pecah. Makan makanan yang kaya mineral untuk membuat bibir cantik. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin dan mineral yang memelihara kulit. Minum lapan gelas air setiap hari, ini akan membantu menjaga kulit bibir menjadi lembut dan mencegahnya dari rosak.

Sumber: Romanticupdate.com

Share this:

CONVERSATION

4 comments:

  1. assalamualaikum.. maaf mencelah..
    akak follow blog ni and akak join contest hijab lets wear it right... :)

    http://dramaticuniq.blogspot.com/2015/04/contest-hijab-lets-wear-it-right.html

    ReplyDelete
  2. Nice tips sis. Saya akan try follow. Thanks for the great info :)

    ReplyDelete