image1 image1 image1 image2 image3

HELLO I'M Cik Ana Gigit Jari|WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|Passionate and Independent

TIPS MEMBELI BUAH TEMBIKAI

Assalamualaikum & salam sejahtera.


Salah satu buah kegemaran Rasulullah saw adalah buah tembikai.
Nak cerita sikit tentang buah tembikai ni... Semalam beli sebiji buah tembikai, blend buat jus.
Gambar dah takde sebab bila dah tinggal kulit, baru teringat nak berselfie ngan buah tembikai... hehehe...

Drink healthy 😇


Sabda Rasulullah SAW.

Dari Ibnu Abbas berkata: “Makanlah tembikai kerana di dalamnya ada kebaikan. Ianya makanan, minuman, perangsang kepada pertumbuhan gigi, sebagai pewangi, pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit.”

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.



Tumblr


Tembikai ada jantan dan betina...

TEMBIKAI BETINA lebih besar daripada TEMBIKAI JANTAN.
Cara mengenal buah tembikai jantan atau betina senang je, anda perlu lihat JALUR yang terdapat pada buah tembikai tersebut. Jika jalur buah tembikai tersebut kecil, maka jantanlah, dan kalau jalurnya lebar ,betinalah buah tembikai itu.

PILIHLAH Buah Tembikai BETINA, sebab yang betina, manis dan kurang biji benih. Tak macam jantan, benih je banyak, tapi tak manis pun.



CARA-CARA LAIN YANG BIASA DIPRAKTIKAN SEMASA MEMILIH TEMBIKAI :
1. Pastikan kulit buah tembikai yang dipilih tadi licin

2. Pilih tembikai yang berat berbanding dengan saiznya

3 .Buah yang masak permukaan kulitnya licin seakan berkilat menunjukkan ia dah matang, buah yang permukaan yang agak kasar menunjukkan buah tersebut masih mentah

4. Pastikan juga pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya bertukar ke warna putih kuning air. Warna buahnya hijau yang menarik dan bentuk buahnya sekata kiri dan kanan (simetri)

5. Tompok di bawah buah berwarna kekuningan, bukannya warna putih

6. Jalur hijau di kulit buah kelihatan putus-putus atau tidak bersambung terus.Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, insyaallah ia sudah masak dan elok isinya.



Sumber: Pelbagai bahan bacaan. Terima kasih kepada penulis asal yang berkongsi tips ini.


Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. info yg menarik.. saya pon suke tembikai.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tembikai ni klau nak makan biar waktu perut kosong... lagi sedap... :)

      Delete