image1 image1 image1 image2 image3

HELLO I'M Cik Ana Gigit Jari|WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|Passionate and Independent

TIP-TIP MENGATASI DAN MENGUBATI HATI YANG KECEWA

Assalamualaikum.



Rasa kecewa biasanya muncul ketika kita kurang percaya diri, hilang keyakinan dan merasa rendah diri. Kekecewaan yang tersimpan, mendalam dan terpendam dapat menumbuhkan dendam dan penyakit kronik. Oleh itu hindari rasa kecewa dengan melakukan pelbagai aktiviti yang sihat.

Di sini diberikan sedikit tip-tip serta panduan bagaimana menghindari rasa kecewa, semoga bermanfaat untuk anda semua.







1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.


Mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat. Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, kita akan merasa tenang.


Memang surah ini mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh menambah bacaan dengan membaca surah-surah yang lain. Sangat menenangkan hati


Jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui komputer yang boleh kita pasang.


2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.


Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.


Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Untuk memudahkan kita bangun solat Tahajjud:


- Berwudhuk sebelum tidur
- Baca surah Al Mulk
- Baca doa tidur dan niat dalam hati
“Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“
- Kunci jam


3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
- Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.


4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan


Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.


5. Sentiasalah mengingati Allah


Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.


Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA.
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )



Sumber: Bahan bacaan & Page Islamik.


Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment