Assalamualaikum.
SUKA adalah hal yang menuntut.
SAYANG adalah hal yang memberi dan menerima.
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.
SUKA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata, “ Ia sangat cantik
dan menawan...”
Pada saat dia menyakitimu, kau akan marah dan tidak mahu bercakap lagi
dengannya.
Kau akan memaksanya menyukaimu.
Kau akan menemaninya bila ianya menguntungkanmu.
SAYANG adalah saat kau melihatnya, kau akan melihat dari hatimu dan
bukan matamu.
Pada saat dia menyakitimu, engkau akan menangis kerananya.
Kau akan membiarkannya memilih.
Kau akan menemaninya di saat dia memerlukanmu.
CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata, “Buatku dia adalah
anugerah terindah
yang pernah Tuhan berikan padaku...“
Pada saat dia menyakitimu, kau akan berkata, “Tak apa, dia hanya tak
tahu apa yang dia lakukan...”
Kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.
Kau akan menemaninya walaubagaimanapun
keadaanmu dan keadaannya.
Tips menarik hehehe!
ReplyDeletehahaha... sesekali tunjuk skill!
Delete