image1 image1 image1 image2 image3

HELLO I'M Cik Ana Gigit Jari|WELCOME TO MY PERSONAL BLOG|Passionate and Independent

TIP MUDAH DAN BERKESAN MENCUCI OVEN

Assalamualaikum.



Kerja-kerja memasak di dapur memang memenatkan, apalagi nak mencuci perkakas yang telah digunakan seperti oven memang sangat jarang dilakukan. Kadang-kadang tu dari beli sampailah sekarang, memang tak bercuci langsungkan. Dah lah beli mahal tapi sedih bila rupa dia dah bertukar dari berkilat jadi berkarat... huhuhu. 

Berikut saya kongsikan cara mudah bagaimana anda boleh mencuci sehingga oven anda nampak macam baru. Tip ini saya terbaca dan ingin kongsikan dengan anda semua, semoga bermanfaat. Kepada pemilik asal, terima kasih kerana sudi berkongsi tip ini. Jom cekidot...


Sebelum & selepas



Bahan diperlukan:

● Air

● Botol Spray

● Baking Soda

● Kain Buruk

● Cuka

● Mangkuk kecil



Caranya:

1. Keluarkan semua perkakasan dalam oven.

2. Camporkan 2 sudu teh baking soda dengan air dalam mangkuk tadi. Tujuan untuk jadikan campuran tu kepada pes supaya mudah disapukan pada permukaan kotor.

3. Sapukan pes tadi pada permukaan kotor dalam oven, baking soda tu akan bertukar jadi warna perang.

4. Biarkan 12jam untuk bagi dia jadi magik.

5. Cukup 12jam, ambil kain buruk, lap sebanyak mungkin baking soda tu.

6. Letakkan cuka dalam botol spray dan sembur permukaan yang masih ada saki baki baking soda tu.

7. Kemudian lap dengan kain buruk.

8. Letak kain buruk tadi dalam oven.

9. On oven dengan temperature rendah lebih kurang 10-15 min dan biar ia kering.

10. Settle...



Permukaan kaca (pintu) oven:


1. Ulang langkah 1 tadi.

2. Sapu pes tu pada kaca pintu oven tu.

3. Biar 30 minit.

4. Guna kain buruk untuk lap.


Dah settle... hasil dapat macam dalam gambar... selamat mencuba!!



Sumber: Facebook (terima kasih kepada penulis asal atas perkongsian ini)


Share this:

CONVERSATION

8 comments:

  1. Salam, awak sponsor kontes hijab itu bukan? Leaving my traces here :)

    Already follow you!do visit!

    izzahazryna.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Info yang sahih.
    Sebab kitew pun dah pernah cuba dan ianya memag berkesan.
    Nice to meet you..
    Kita dari segmen ni dan awak adalah sponsornya kan..hehehe
    http://afidahazmi88.blogspot.com/2015/03/contest-hijab-lets-wear-it-right.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat bersegmen Afidah, nice to meet U too...

      Delete
  3. tipas yang bagus..boleh cuba buat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah Syira, sama-sama kita cuba yea...

      Delete